Program Neon Charity Run


Program Neon Charity Run di bawah Karnival Premier Za’ba 2016 (KAPREZA ‘16) merupakan program anjuran Karnival Premier Za’ba (KAPREZA) iaitu sebuah program tahunan yang berkonsepkan hari keluarga yang dianjurkan oleh Biro Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Pendeta Za’ba bersama ahli jawatankuasa program yang dilantik di bawahnya. Aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan di dalam program KAPREZA melibatkan golongan belia dan mengetengahkan pelbagai aspek seperti penerapan ilmu duniawi dan akhrawi, kesukanan, kesukarelawanan dan kebudayaan setiap kaum.

Karnival yang berkonsepkan hari keluarga ini menjadi satu program tradisi bagi warga Kolej Pendeta Za’ba. Maka, KAPREZA yang bakal berlangsung pada tahun 2016 ini dengan tema dan pembaharuan yang tersendiri, bakal dijalankan dengan matlamat utamanya untuk merapatkan ukhwah antara penghuni Kolej Pendeta Za’ba dengan  pihak pegurusan Kolej Pendeta Za’ba dan  tidak lupa juga ukhuwah bersama komuniti setempat yang berbilang kaum serta agama selaras dengan konsep 1Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

“Run for Charity, Give Back to Society” menjadi pilihan tema bagi program ini bertujuan untuk mencambahkan sifat prihatin mahasiswa/i terhadap isu semasa serta masyarakat sekeliling dalam masa yang sama memupuk sukan berbasikal yang semakin dipandang sepi. Konsep riadah santai yang diketengahkan mampu menarik perhatian pengunjung kerana bukan sahaja program yang berbentuk sukan yang disediakan malah program berbentuk kemasyarakatan dan tidak lupa menyelitkan nila-nilai murni.

Selain itu, ia juga bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada mahasiswa/i Kolej Pendeta Za’ba khususnya untuk merasai satu pengalaman berkerja secara kumpulan atau berorganisasi disamping membentuk kemahiran kendiri dalam menjadi mahasiswa/i yang berketrampilan dan cemerlang secara holistik. Diharapkan, dengan pengalaman yang mereka peroleh semasa menglibatkan diri dalam program ini dapat memangkin potensi integriti yang dapat merapatkan jurang antara kaum dan agama yang berlainan dan membentuk sahsiah yang tinggi dalam diri pelajar terhadap elemen kemanusiaan.

Unsur-unsur penggunaan Bahasa Inggeris juga diterapkan dalam menjalankan program ‘Neon Charity Run’ yang merujuk kepada kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa. Hebahan dan promosi program akan dilaksanakan secara dwibahasa untuk menarik minat para pengunjung.

Secara keseluruhan, program ini berpotensi untuk memupuk perpaduan antara kaum dan penampilan seseorang mahasiswa/i untuk lebih berkeyakinan dan dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran di peringkat glokal mahupun global.

No comments:

Post a Comment